PEKAN, 30 Mei 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan bersama staff telah melaksanakan lawatan kebajikan kepada Puan Madiah binti Abang Gundai, balu kepada Allahyarham Veteran Kamaruddin bin Abd Hamid di Lot 932, Lorong Mawar 2, Kampung Dato' Shahbandar, 26600 Pekan, Pahang.

 

Balu veteran adalah seorang penghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang mana telah membawa kepada komplikasi buah pinggang yang memerlukan beliau untuk menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu di Hospital Pekan. Beliau yang berniaga kuih secara kecil-kecilan dan masih menyara 2 orang anak yang masih bersekolah. Kos rawatan dan kekerapan balu ke hospital bagi menjalani rawatan dialisis telah mengganggu mata pencarian beliau untuk menyara anak-anak dan amat memerlukan bantuan dari pihak yang berkenaan.

 

Pihak JHEV ATM cawangan telah memberikan penerangan serta skim bantuan kebajikan yang layak dan boleh dipohon oleh balu berkenaan. Borang Permohonan Skim Kebajikan juga telah diserahkan dan diberi penerangan sewajarnya bagi membolehkan balu membuat permohonan Skim Bantuan Sara Hidup.

LampiranSaiz
01.jpg155.15 KB
02.jpg141.15 KB