Mr Peter White dan isteri telah membuat lawatan peribadi ke Kem Paradise, Kota Belud Sabah pada 17 Mac 2015.

Ketibaan beliau telah telah disambut oleh Pengarah JHEV Sabah dan wakil dari Markas TF 430.

 

Pengarah JHEV Sabah telah memberi taklimat ringkas program lawatan di Bilik VIP KKIA T2.

 

Manakala ketibaan di Kemb Paradise, beliau telah disambut oleh Panglima TF 430, Mej Jen Dato’ Masrani Paiman dan rombongan. Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Pemerintah ULS dan seterusnya diiringi ke lokasi lawatan di Kem Paradise dan Jambatan Sg Pirasan yang dahulunya merupakan Jambatan Gantung.

 

Beliau telah ditugaskan di Kem Paradise pada tahun 1966 sewaktu Konfrontasi Malaysia-Indonesia.  Penugasan beliau di Kem Paradise adalah selama 3 bulan. Ketika itu beliau berpangkat Prebet dan pangkat terakhir beliau ialah Staf Sarjan.

 

Beliau dan isteri telah berlepas ke Singapura pada 18 mac 2015 dan meneruskan perjalan ke New Zealand.