Kuching, 15 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Pahot ak Joll  dan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Mohamed Izdiyad bin Abdul Malek telah melaksanakan lawatan siasatan bagi bantuan rumah bina baru (projek kolaborasi MINDEF & CELCOM). Setelah dibuat kajian dan penelitian dua calon yang dipilih seperti berikut:

1. Vet Hanif bin Abdullah - Veteran tidak mempunyai rumah dan menumpang di rumah ibu mentua di alamat No 134, Kampung Quop, Sarawak. Beliau tidak berpencen serta tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan dua orang (anak sakit & cucu).

2. Vet Steven Stipana anak Singan - Veteran tidak mempunyai rumah dan menumpang di rumah kakak di Kampung Rayang, KM 55, Jalan Kuching-Serian, Serian, Sarawak. Beliau tidak mempunyai pekerjaan serta mempunyai seorang tanggungan (anak) yang masih bersekolah. Veteran juga mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu untuk bekerja dan sumber pendapatan diperoleh daripada Bantuan Sara Hidup (JHEV ATM) yang diterima bermula 2017 yang lalu.

LampiranSaiz
01.jpg294.57 KB
05.jpg184.27 KB