Kuantan, 14 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan mengadakan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap dua orang veteran ATM seperti berikut:

1. Vet (1151727) Ahmed Ikraam bin Napiah di alamat Lot 1474-C, Kg Pahang, Jalan Sungai Soi. Beliau adalah seorang OKU fizikal yang mengalami penyakit saraf yang membuatkan beliau hilang keupayaan untuk bergerak. Waris beliau telah diberi penerangan dan khidmat nasihat bagi permohonan Bantuan Peralatan Pesakit bagi meringankan beban veteran dan keluarga.

2. Vet (454757) Rashid bin Ya'acob di alamat No 3, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna, Pahang. Veteran dan isterinya tinggal di rumah kepunyaan anak dan tidak lagi mampu bekerja atas faktor kesihatan.

LampiranSaiz
01.jpg132.7 KB
02.jpg116.42 KB