Kuala Lumpur, 3 Jan 2019 - Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), pada hari ini.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memahami pengurusan JHEV yang menjaga kesejahteraan veteran, selain mengumpul maklum balas tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh JHEV, serta mendengar cadangan-cadangan penambahbaikkan terhadap perkhidmatan.

Semasa lawatan pagi tadi, YB Senator Liew Chin Tong juga berkesempatan berjumpa dengan kesemua Ketua-ketua Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri dari seluruh negeri. Beliau telah mendengar taklimat tentang maklumat keadaan tempatan di negeri masing-masing.

Turut serta adalah Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEV, Hj Abd Karim bin Husain serta kakitangan JHEV.
#MinDefMalaysia

Kredit Kementerian Pertahanan Malaysia