Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad telah mengadakan lawatan kepada Lt. Kol (B) Datuk Abdul Hamid Ibrahim, Presiden World Veteran Federation (WVF) di Wad Bunga Raya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada 19 September 2014.

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut  adalah Puan Faridah Borhan, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Lt Kol Ahmad Kamar bin Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi dan Encik Bakhtiar Effendy bin Khalid, Pengarah Bahagian Kebajikan JHEV ATM.