IPOH - Majlis 'Masih Ada Yang Sayang' sempena aktiviti tahunan Srikandi Persatuan Veteran ATM Negeri Perak telah diadakan di Ballroom Hotel Heritage, Ipoh, Perak pada 24 Nov 2015. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM. Penyampaian kunci rumah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia kepada 2 orang penerima dan Penyerahan bantuan 1AZAM kepada 15 orang penerima berupa peralatan perniagaan. Ceramah Perdana 'Road To Jannah' telah disampaikan oleh YBhg Datuk Ustaz Kazim bin Elias Al-Hafiz.