Kuala Lumpur – Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyempurnakan  Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B) yang seramai 11 orang penerima pada  18 September 2014 di Dewan Dahlia, Wisma Transit, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. (Bersebelahan 515 Askar Wataniah)

Majlis   yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,  Kementerian Pertahanan merupakan satu penghargaan kepada Veteran ATM yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pingat Gagah Berani atas pengorbanan dan  mengingati jasa mereka yang telah berjuang bagi keselamatan negara tercinta.