ALOR SETAR - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM pada 4 Disember 2015 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Turut hadir Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM, Pengarah JHEV ATM Kedah/Perlis/Pulau Pinang, YDP PVATM Kedah dan Pegawai-pegawai Kanan JHEV ATM.