Kuantan, 4 Mei 2019 - Seramai 310 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tiga daripadanya diwakili balu dan tiga lagi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) hari ini.

Kesemua mereka menerima anugerah ini daripada Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dalam satu majlis yang diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang.

Penganugerahan ini sebagai mengenang jasa mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara sepanjang perkhidmatan tempoh darurat. Sehingga kini, seramai 6,781 orang telah menerima PJM ini.

Berucap merasmikan majlis, YB Menteri Pertahanan berkata, Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk mencari inisiatif baharu dalam usaha memperkasakan veteran ATM.

"Hasrat dan tekad saya adalah ingin melihat veteran ATM sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat dan mereka akan terus mencurahkan khidmat bakti demi kesejahteraan dan kemakmuran negara", katanya.

Sementara itu, dalam majlis sama, sebanyak 19 persatuan veteran menerima bantuan kewangan dengan nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM90,700.

#MinDefMalaysia

 

LampiranSaiz
img_1762.jpg7.3 MB
img_1814.jpg7.79 MB