Taiping, 13 Jun 2019 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Perak bertempat di Hotel Taiping Perdana hari ini. Majlis ini merupakan kali keempat dalam siri penganjurannya bagi tahun 2019.

Seramai 500 veteran ATM dianugerahkan pingat berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 26,609 veteran ATM telah menerima PJM tersebut. Pemberian pingat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang tanah air dalam mempertahankan keselamatan negara.

Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan veteran ATM sentiasa terpelihara, Kementerian Pertahanan telah memfokuskan kepada dua usaha utama iaitu membuka peluang kerjaya kedua kepada veteran muda dengan kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta serta menambahbaik bantuan kebajikan kepada veteran dan tanggungan yang layak.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Kamarulzaman bin Othman TUDM, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Encik Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad.

#MinDefMalaysia

LampiranSaiz
img_2753.jpg8.05 MB
img_3028.jpg8.86 MB
img_2943.jpg6.9 MB