MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

29 Mac 2017- Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Sempena majlis tersebut, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menganugerahkan Pingat PJM kepada 67 Veteran ATM yang terdiri daripada Malaysian Armed Forces Sikh Veterans Association (MAFSVA).

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) YBhg. Mej Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Pegawai kanan Kementerian dan ATM.