Melaka, 18 Julai 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 500 orang veteran ATM bagi negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebentar tadi.

Menurut YB Menteri, pihak kementerian sedang ‪ berusaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi Veteran ATM melalui cadangan pemberian elaun kenangan bagi penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM). Perkara ini telah mendapat maklum balas positif dr Kementerian Kewangan serta akan dibentangkan di peringkat Majlis Jemaah Menteri pada bulan Ogos ini bagi mendapatkan kelulusan kerajaan.

‪Hadir sama, Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.

#MinDefMalaysia

 

LampiranSaiz
img_4672.jpg5.95 MB
img_4723.jpg9.22 MB