Feb 2015 – YBhg.  Mejar Jeneral Dato Mohd Syukri bin Ahmad,  Panglima 2 Divisyen Infantri Malaysia telah merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 orang penerima terdiri dari  ahli Yayasan Veteran Komando dan 30 orang penerima daripada Persatuan  Veteran Tidak Berpencen (Daulat), sempena Majlis Makan Malam Perdana ( Jasa Mu Dikenang 2015) dan juga Majlis Pelancaran Tabung Pahlawan  yang berlangsung di Dewan Park Avenue Hotel Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Encik Othman bin Ab Majid, Setiausaha Kehormat Yayasan Veteran Komando Malaysia dan Encik Mohamad Shabudin bin Haji Teh, Presiden Daulat 1 Malaysia.