KUALA LUMPUR- Pusat Dialisis Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerima sumbangan dua mesin dialisis bernila RM 84,000 daripada Affin Holdings Bhd (Affin).

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato' Wira Mohd Noor Daud berkata sumbangan tersebut merupakan satu manifestasi kerj amal Affin yang berterusan untuk mengenang jasa veteran ATM.

"Sebuah mesin dialisis tersebut ditempatkan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan dan sebuah lagi di Cawangan Batu Caves.

"Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan dilengkapi lapan mesin dialisis dengan kaedah sewa beli dan sehingga kini seramai 88 orang pesakit terdiri daripada veteran ATM, tanggungan serta pesara kerajaan telah menerima manfaat sejak dibuka pada 2005", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penerimaan dialisis daripada Affin Holdings Bhd di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan di sini.

Turut hadir adalah Pengerusi Affin, Jeneral tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Menurut Mohd. Noor, Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan mempunyai empat jururawat dan tiga pembantu dialisis untuk merawat 24 orang pesakit.

"Dalam masa terdekat pula, kami berhasrat untuk membuka sebuah lagi pusat dialisis di luar Lembah Klang bagi memberi rawatan kepada veteran ATM dan tanggungan mereka", katanya.

Sementara itu, pesara tentera yang juga pesakit di situ, Sanuri Hambali, 66, berkata, jadual rawatan pesakit di pusat rawatan itu di susun dengan teratur bagi memudahkan mereka membuat rawatan.

"Perkhidmatan kenderaan dari pintu ke pintu juga disediakan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna", katanya.

 

Sumber : Utusan