BATU CAVES, 21 Julai 2014- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Kepada Pesakit Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM (YVATM) bertempat di Taman Sunway Batu Caves, Selangor.

 

 

Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan merupakan  acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun bagi memberi sokongan moral dan bersama-sama menyambut Hariraya Aidil Fitri kepada semua pesakit yang sedang menerima rawatan haemodialisis di Pusat Dialisis yang dikendalikan oleh Yayasan Veteran ATM (YVATM). Bentuk sumbangan yang disampaikan adalah wang tunai berjumlah RM300.00 seorang untuk veteran ATM dan manakala RM150.00 seorang kepada bukan veteran ATM. Selain daripada itu penerima akan menerima cenderahati berbentuk hamper kuih raya. Seramai 17 orang penerima yang terdiri daripada 15 orang veteran ATM (11 orang Bersara, 4 orang Tidak Bersara)  dan  2 orang bukan veteran ATM (Risda dan JPA) telah menerima sumbangan di majlis tersebut.

Turut serta ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

 

Sumber:Kementerian Pertahanan