KULIM, 12 Mei 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kebajikan Skim Bencana Alam kepada Veteran ATM LKpl Hasan bin Ahmad (T28359) berumur 65 tahun yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam Kor 1 RAMD, ATM Darat.

Bantuan Bencana Alam ini diberikan oleh JHEV ATM bagi membantu menampung kerugian yang telah dialami oleh Veteran akibat kebakaran pada 6 Mac 2014, yang telah mengakibatkan 80% kemusnahan. Sebanyak RM 5,000 diperuntukkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Veteran.

Majlis ini telah diadakan di kediaman Veteran di alamat 34A, Kampung Kuala Nau, Kulim Kedah. Bersama Veteran isteri beliau Mashitah binti Ibrahim berumur 59 tahun.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Negeri Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang, Mej Norhaizi binti Khaidir TUDM dan Pengarah Bahagian Kebajikan, Encik Bakthiar Effendy bin Khalid.