Pekan, 10 Sept 2014 – Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah NBOS-7 kepada Veteran ATM dalam lawatan kerja beliau ke Pahang.

Majlis   yang dianjurkan oleh JHEV ATM,  Kementerian Pertahanan merupakan lawatan turun padang Ketua Pengarah JHEV ATM dengan Veteran ATM bagi mengingati jasa anggota tentera yang telah berjuang bagi keselamatan negara tercinta.

Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Replika Kunci Rumah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP-NBOS7) kepada tiga orangpenerima bertempat di No. 14, Jalan Orkid, Peringkat 2, Felcra Sri Makmur, 26030 Pekan, Pahang.

Jabatan telah meluluskan permohonan pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ini telah dibina atas tapak asal rumah yang menelan belanja RM45,000.00 sebuah. Rumah ini dibina dengan keluasan 720 kaki persegi yang mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air. Senarai tiga penerima ialah Encik Yaacob bin Badu (15444), Encik Haji Abu Had bin Jaafar (1048095) dan Encik Baharum bin Othman (86142).

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JHEV ATM Pahang, Mejar Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM dan Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM, Lt Kol. Ahmad Kamar bin Abd Ghani.