Majlis penyerahan Sijil Serah Terima Rumah 1MVHRP-NBOSH7 kepada Veteran ATM, Encik Salehudin bin Samian telah disempurnakan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham pada 11 Mac 2015 di KM 26, Jalan Kluang, Parit Raja, Batu Pahat Johor. Turut sama pada majlis tersebut, Ketua Terup Skuadron Kelapan Rejimen Askar Jurutera Kapt Muhammad Syafiq bin Md Akhir.

Permohonan bantuan Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) telah dipohon oleh Encik Salehudin bin Samian melalui JHEV dan dibiayai oleh pihak kerajaan.