Merbok, 20 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (JHEV KPP) telah menghadiri jemputan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus "Upskilling" Pegawai Penguatkuasa(KP 29) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia(MAQIS) di Damai Park Resort, Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah MAQIS iaitu Tuan Saiful Yazan bin Alwi yg melibatkan seramai 46 Pegawai Penguatkuasa MAQIS yang menamatkan latihan tersebut.

JHEV ATM dijemput kerana kesemua jurulatih yang terlibat sepanjang kursus dilaksanakan melibatkan veteran-veteran ATM dan kemahiran veteran dalam perkhidmatan dahulu telah digunakan untuk melatih pegawai-pegawai ini serta ia pertama kali jurulatih kursus dipilih dikalangan veteran ATM terutama veteran daripada Kelab Veteran Komando Malaysia(KVKM) dan mendapat reaksi positif dari KP MAQIS bagi veteran ini menjadi jurulatih bagi pengambilan kursus Pegawai MAQIS yang akan datang.

LampiranSaiz
02.jpg346.66 KB
04.jpg207.59 KB
08.jpg202.57 KB
010.jpg265.65 KB
011.jpg304.78 KB
012.jpg183.03 KB
015.jpg356.84 KB