4 April 2015– YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Penyerahan Kunci Rumah di bawah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1 Malaysia (1MVHRP) NBOS-7 di Dewan Hotel Hexan, Kota Marudu, Sabah.

Sempena majlis tersebut, YB Timbalan Menteri telah menyerahkan kunci rumah kepada  Encik Ahmad bin Raflin, Puan Jaenteh binti Dali dan Puan Salasiah binti Omar.  Kos sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan untuk bina baru rumah dan RM12,000 untuk baik pulih rumah.

Pada majlis ini, turut menyaksikan YBhg Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 12 veteran dan seorang balu. Senarai nama penerima adalah seperti berikut:

  1. Abdul Razak bin Siakmad @ Ahmad (T1077339) Berpangkat Sarjan

  2. Amat Tahir bin Yadi (T1020021) Berpangkat Pemandu

  3. Asmad bin Duraman (T1028860) Berpangkat Lans Koperal

  4. Bulat bin Munang @ Monyong (T119919) Berpangkat Prebet

  5. Delan bin Pudul (T138798) Berpangkat Prebet

  6. Dul @ Doll bin Bungsu (T118909) Berpangkat Prebet

  7. Jubin bin Odilak (T1070209) Berpangkat Lans Koperal

  8. Karim bin Yadi (T118927) Berpangkat Prebet

  9. Kin Choi bin Wahap (T132265) Berpangkat Prebet

  10. Motusai bin Mosogod (T132076) Berpangkat Prebet

  11. Philip bin Amid (T1077420) Berpangkat Teruper

  12. Sibi bin Wagiu (T6000275) Berpangkat Prebet

  13. Puan Asul binti Tuki (Mendiang Tumaang bin Manon) (T1029064) Berpangkat Sarjan

Turut hadir ialah Lt Kol Adnan bin Ariffin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Sabah, Pegawai Daerah Kota Marudu, Encik Abd Sanon bin Saparit, YDP PVATM Negeri Sabah dan Encik Zaman bin Bayang, Ketua Cawangan PVATM Kota Marudu.