Kulai, 15 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor,  Mej Hairi bin Muhamad Radzi menghadiri dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat Agong Kali ke-3 Pertubuhan  Kebajikan Bekas Tentera Tidak Berpencen Negeri Johor (PEKEBAT) yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Al-Rahman, Taman Putri, Kulai. Pertubuhan  ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan mempunyai keahlian seramai 405 orang. Di dalam ucapan perasmian, Mej Hairi bin Muhamad Radzi mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pertubuhan  kerana berjaya menganjurkan dua acara serentak untuk menjimatkan kewangan pertubuhan. Beliau juga turut memberi  amanat kepada ahli-ahli supaya dapat bermesyuarat  dengan suasana yang harmoni.

LampiranSaiz
01.jpg148.96 KB
02.jpg126.42 KB
03.jpg156.96 KB