KUANTAN, 10 Sep 2019 – Satu majlis Serah/Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah dilaksanakan di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang pada hari ini antara Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dengan Mej Khairul Ashinar bin Azid@Aziz TUDM.

Majlis telah dihadiri seramai 70 orang wakil persatuan Veteran ATM sekitar negeri Pahang yang terdiri dari PVATM, PVTLDM, PVTUDM, PKVTTB, PVTTBM dan PERIM. Serentak dengan Majlis Serah/Terima Tugas ini, juga diadakan Program Dialog dan Sesi Ramah Mesra antara wakil persatuan Veteran ATM bersama Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang yang baru iaitu Mej Khairul Ashinar bin Azid@Aziz TUDM. Majlis juga turut melibatkan sesi suai kenal antara Pengarah baru kepada staf JHEV ATM dan PERHEBAT Cawangan negeri Pahang.

Di dalam majlis ini juga, Mantan Pengarah, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM juga berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada Pengurus PERHEBAT dan wakil-wakil persatuan Veteran ATM sebagai tanda kenangan.

LampiranSaiz
02.jpg98.62 KB
04.jpg79.76 KB
06.jpg72.35 KB
07.jpg73.38 KB
011.jpg119.2 KB
100.jpg93.87 KB