KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang yang baharu di Pejabat Ketua Pengarah JHEV ATM, Kuala Lumpur.

Majlis serah dan terima tugas secara rasmi antara Mantan Pengarah JHEV ATM Cawangan Pahang, Mejar Mohd Rozali bin Abd Rahman TUDM kepada Pengarah JHEV ATM Cawangan Pahang yang baharu, Mejar Adzhar bin Hamdan TUDM.

Mejar Adzhar bin Hamdan sebelum mengambil alih tugas ini bertugas di Pusat Pengaman Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan manakala Mejar Mohd Rozali bin Abd Rahman pula bertukar ke Markas ATM, Kementerian Pertahanan Bahagian Perkhidmatan Anggota yang telah berkuat kuasa pada 5 Januari 2015 yang lalu.