Pagoh, 17 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut hadir ke  Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Pagoh dan menziarah Veteran ATM iaitu Hj Saim bin Sarijan yang berusia 80 tahun dan isteri Puan Noriah binti Yahi yang mengalami patah tangan semasa menoreh di kebun di Felda Sri Jaya, Johor.,

Veteran merupakan bekas anggota tentera british yang tidak berpencen. Pihak JHEV ATM akan menguruskan berkenaan BSH dan Kad veteran kepada beliau serta turut disampaikan sumbangan barangan keperluan dapur daripada pihak Yayasan.