Kuala Lipis, 16 Mac 2019 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut hadir ke Mesyuarat Agong Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Negeri Pahang kali ke-12 yang diadakan di Dewan Banquet Hotel Centre Point, Kuala Lipis, Pahang.

Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi Tetap PVTLDM Negeri Pahang, En Anuar bin Mohamad dan mesyuarat diteruskan oleh YDP Persatuan, En Awai bin Mohamad. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengurus PERHEBAT Cawangan Negeri Pahang, Lt (B) Ahmad Khairul Ariffin bin Sukiman TLDM.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah membuka Kaunter Bergerak di dewan tempat mesyuarat berlangsung bagi memberi penerangan berkenaan perkembangan semasa tentang Skim Bantuan Kebajikan yang disediakan oleh pihak JHEV ATM serta pengagihan borang-borang yang berkenaan. Borang permohonan Kad Veteran juga diedarkan bagi membolehkan veteran menukar Kad Bekas Tentera (KBT) kepada Kad Veteran (KV) yang baharu.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PVTLDM Negeri Pahang ini telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdi bin Wan Ismail. Beliau diiringi oleh Ahli Parlimen Kuala Lipis, YB Dato' Abu Bakar bin Mohamad. Turut hadir sama ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong ini adalah Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis.

Di dalam majlis ini juga turut diselitkan dengan acara penyerahan sumbangan oleh YAB Menteri Besar Pahang untuk:

a. Kecemerlangan Akademik anak ahli persatuan.

b. Sumbangan persatuan kepada ahli yang mengalami sakit kronik dan dalam rawatan.

c. Penyerahan cenderahati kepada jemputan VIP.

6. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Cafe de Aroma, Hotel Centre Point.

LampiranSaiz
07.jpg125.72 KB
09.jpg106.17 KB