Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah menghadiri jemputan ke Mesyuarat Agong Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) kali ke 5 di Dewan Serbaguna Kampung Luit, Maran yang dirasmikan oleh ADUN Luit, YB Nurhidayah binti Dato Haji Shahaimi, Merangkap AJK Puteri Malaysia.
Program mesyuarat meliputi kursus keusahaan disebelah pagi yang dianjurkan oleh PERHEBAT dan diikuti dengan mesyuarat yang bermula pada waktu tengahari. JHEV ATM Pahang turut diberi kesempatan untuk berucap bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta penerangan mengenai Bantuan Bakti Negara.