PEMAKLUMAN KEMUDAHAN PERUBATAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SERTA AHLI KELUARGA YANG BERKELAYAKAN DI HOSPITAL AWAM DI BAWAH KENDALIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN HOSPITAL PENGAJAR DI BAWAH KENDALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

­­­­­­­­­­­­

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2017 Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) tidak lagi menanggung perbelanjaan ubat, rawatan dan alat perubatan Veteran ATM yang mendapatkan rawatan di Hospital Awam kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital Pengajar di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ini bersesuaian dengan keputusan  Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) pada 17 April 2017 supaya kemudahan perubatan (meliputi ubat, alat perubatan dan rawatan hemodialisis) pesara Awam Persekutuan dan Veteran ATM serta ahli keluarga yang berkelayakan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipindah dan diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan arahan tersebut, berkuatkuasa 1 Jun 2017 kerajaan telah memutuskan bahawa Hospital Awam di bawah kendalian KKM, Hospital Pengajar di bawah kendalian KPT dan Hospital Angkatan Tentera di bawah kendalian Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dikehendaki menyediakan perkhidmatan dan menanggung perbelanjaan ubat, rawatan dan alat perubatan kepada semua Pesara Awam Persekutuan dan Veteran ATM serta ahli keluarga yang berkelayakan.

Namun demikian, bagi mengelak sebarang kesulitan Veteran ATM pasca 1 Jun 2017,  JHEV ATM telah memberikan kelonggaran sehingga 31 Ogos 2017 sebagai tempoh transisi untuk menerima tuntutan ubat/alat perubatan daripada Hospital Awam dan Hospital Pengajar. Sehubungan itu, bermula 1 September 2017 segala tuntutan ubat, rawatan dan alat perubatan para Veteran ATM hendaklah dikemukakan terus di hospital di mana para Veteran ATM mendapatkan rawatan.

Sekian ,terima kasih

 

 

KETUA PENGARAH

JABATAN HAL EHWAL VETERAN