24 Mac 2018 – Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Bin Hj Ahmad Badaruddin telah menyempurnakan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada 233 termasuk 8 orang balu dan 9 OKU Veteran ATM yang berada di daerah Manjung dan berlangsung di The Orient Star Resort. Pihak JHEV ATM diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Haji Abd Karim bin Hj Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof Bin Saidi. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan serta Presiden PVATM Negeri Perak serta ahli-ahli PVATM Perak.