MELAKA, 10 APRIL 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said membuat lawatan kebajikan kepada Veteran ATM 928133 Staf Sarjan (B) Muit bin Ahmad yang juga penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang kini sedang terlantar sakit di Wad 3, Hospital Besar Melaka. Beliau yang pernah berkhidmat dalam pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM) telah membuktikan semangat keperwiraanya setelah berjaya membunuh dua pengganas komunis semasa Op Murai di Bentong, Pahang pada tahun 1976 yang membawa kepada penganugerahan pingat PGB kepada beliau.

 Kini beliau yang berumur 74 tahun menghidap penyakit diabetis dan telah dimasukkan ke wad atas sebab pernafasan yang kurang baik dan juga tekanan darah rendah. Keadaan beliau didapati semakin beransur pulih semasa lawatan ini yang turut dihadiri oleh Lt Kol (B) Nik Omar Al Haded bin Nik Mohd Salleh, Yang Di Pertua Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Cawangan Negeri Melaka bersama ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada beliau dalam mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau semasa dalam perkhidmatan.

LampiranSaiz
01.jpg129.64 KB
03.jpg125.65 KB
04.jpg145.46 KB