ALOR GAJAH, 7 APRIL 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Rumbia/ Pulau Sebang kali ke 26 Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Bestari Kolej Vokasional Datuk Sri Md Zin, Alor Gajah Melaka. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Ginie Lim Siew Lin, EXCO Wanita dan Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Machap. Turut diadakan penyerahan walking frame kepada Veteran ATM 1021820 Md Dom bin Mat yang menghidap penyakit diabetis dan lemah jantung. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 128 ahli PVATM.

LampiranSaiz
01.jpg224.44 KB
02.jpg175.81 KB
03.jpg131.26 KB
04.jpg179.7 KB