PONTIAN, 27 Jun 2019 - Pengarah  JHEV ATM Cawangan  Negeri  Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi bersama YDP PVATM Negeri Johor Tuan Hj Ibrahim bin Hj Yahya dan Ketua Cawangan PVATM Pontian melaksanakan Lawatan Kebajikan keatas Veteran ATM di sekitar Pontian, Johor.

Antara veteran yang terlibat adalah seperti berikut:

1. En Mohd Jamil bin Tik yang beralamat di no. 22, Bt 30, Kg Melayu, Bkt Panjang, Pekan Nanas, Pontian. Veteran mengidap penyakit saraf dari pinggang ke bawah sejak empat bulan yang lepas. Beliau tidak boleh berdiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk pergerakan. Beliau telah mendapat kerusi roda hasil dari pemberian jiran.

Walaubagaimanapun kerusi roda yang digunakan mengalami kerosakan dan veteran memerlukan kerusi roda yang baru. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor akan memberi keutamaan untuk memberi bantuan dengan kadar yang segera untuk meringankan beban beliau.

 

2. Encik Jawahir bin Kamsin yang beralamat di Kg Parit Basilam, Kayu Ara Pasang, Pontian. Veteran mengidap penyakit lumpuh dan terlantar.

Beliau memerlukan bantuan katil pesakit untuk keselesaan beliau dan pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Johor akan memberi bantuan sewajarnya kepada beliau.

LampiranSaiz
01.jpg177.47 KB
02.jpg109.3 KB