Sungai Petani, 20 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan Lawatan Kebajikan ke atas veteran ATM, 1057371 Encik Mohamad Dani bin Abu di No. 30B, Lorong 3/2, Taman Orkid Jaya, Kedah.

Veteran mempunyai masalah kesihatan kencing manis yang kronik, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung. Beliau telah kehilangan tangan kanan pada 2016 akibat penyakit kencing manis dan beliau turut mendapatkan rawatan dialisis akibat kegagalan buah pinggang.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memberikan penerangan mengenai skim bantuan yang boleh dimohon dan turut menyerahkan Borang Bantuan Peralatan Pesakit kepada beliau dan isteri. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

                                                                   

                                                           

LampiranSaiz
1.jpg74.8 KB
2.jpg79.55 KB
3.jpg67.44 KB
4.jpg71.96 KB