Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda & katil serta tilam kepada ahli kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM). Turut serta presiden KVKM, Encik Sani Osman, YDP PVTTB & YDP KVKM Cawangan Kelantan. Antara veteran yang menerima sumbangan adalah seperti berikut;

1) Encik Abdullah bin Yusoff yang tinggal di lot 232 Kampung Padang Kiat Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah menerima bantuan berupa katil dan tilam perubatan.

2) Encik Abdullah bin Ali yang tinggal di kampung Gerai Tua, jerteh, Terengganu. Beliau telah menerima bantuan berupa Kerusi Roda.

3) Encik Nawawi bin Rashid yang tinggal di Kampung Denan Besar, Machang, Kelantan. Beliau telah menerima bantuan berupa katil dan tilam perubatan.