KUALA PILAH, 28 MAC 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said menziarahi Puan Asnah binti Ismail iaitu balu kepada Veteran ATM 78296 Allahyarham Ibrahim bin Lebai Sulaiman di mana kediamannya telah musnah akibat kebakaran di Kg Juasseh Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Penyerahan sumbangan RM 1000 telah didahulukan melalui Yayasan Veteran ATM bagi membantu meringankan beban dan kesedihan yang ditanggung oleh beliau memandangkan anak beliau yang juga OKU terkorban dalam kejadian tersebut.

Turut menyampaikan sumbangan adalah YDP PVATM Negeri Sembilan iaitu Mej (B) Dato' Hj Sazali bin Hj Ismail yang menyampaikan sumbangan RM 1000 daripada tabung kebajikan PVATM Negeri Sembilan. Pn Asmah merasa amat terharu diatas keprihatinan JHEV ATM dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM dan balu. Turut hadir adalah PW 2 (B) Hj Basir bin Hj Basirun, Ketua Cawangan PVATM Cawangan Kuala Pilah serta ahli.

LampiranSaiz
01.jpg208.28 KB
02.jpg182.45 KB
04.jpg191.12 KB
07.jpg189.83 KB