Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM, Encik Ibrahim bin Hassan, bekas anggota Bn ke 11 RAMD di Kampung, Tok Macang, Ulu Gali, Raub, pahang pada 30 Oktober 2017.

Kediaman beliau telah terbakar pada 29 Okt 2017 jam 0400H. Sewaktu kejadian beliau tiada di rumah (bekerja) dan hanya isteri serta anak-anak seramai 3 orang berada di rumah sewaktu kejadian kebakaran berlaku. Kejadian disyaki berlaku akibat daripada litar pintas.

Beliau dan isteri serta 3 anak-anak kini tinggal 'sehelai sepinggang' selepas kejadian tersebut dan menumpang di rumah abang beliau. Pihak JHEV ATM telah memajukan Borang Bantuan Veteran kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

LampiranSaiz
1.jpg175.21 KB
2.jpg105.45 KB