Putrajaya, 13 Jan 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM turut hadir ke Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Wilayah Persekutuan (PVATM WP) Cawangan Putrajaya. Majlis telah diadakan di Dewan Seri Siantan, Bangunan Dewan persidangan Perbadanan Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Brig Jen (B) Dato Pahlawan Shamsudin Bin Abbas yang merupakan Yang Dipertua PVATM WP. Turut hadir Lt Kol (B) Tajul Ariffin Chu Johari, Setiausaha Agong PVATM. Sempena Majlis ini juga turut dibuka kaunter bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan veteran yang hadir bagi mendapatkan sebarang maklumat atau pertanyaan.

LampiranSaiz
img_7601.jpg8.09 MB