Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri melawat veteran Encik Mohd Noah bin Ibrahim yang mengalami sakit jantung pada 24 Julai 2017. Beliau dalam keadaan stabil dan dalam sesi berjadual untuk temujanji dengan pihak hospital bagi tujuan rawatan di HSA Johor Bharu. Beliau memohon surat sokongan daripada pihak JHEV ATM untuk beliau bawa semasa temujanji nanti agar beliau dapat dirawat di IJN.

LampiranSaiz
index.jpg109.07 KB
2.jpg113.52 KB