Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melakukan ziarah terhadap mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan makanan kepada balu veteran, allahyarham Kpl (B) Encik Fadhir Bin Shahruddin (RAMD). 
Kejadian kebakaran berlaku pada 11 Mei 2017 jam 4.50 petang beralamat di No. 3, Lorong Teja 6, Taman Teja, 31800 Tanjung Tualang, Perak dan anggaran kerugian RM55,000.00 serta peratus kebakaran adalah 95%.
Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang menimpa dan pihak JHEV ATM akan menyampaikan bantuan yang sepatutnya diterima oleh beliau.