Mersing, 30 April 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli Bin Jafri melakukan kebajikan dan penyerahan katil pesakit di sekitar Mersing dan turut diiringi oleh AJK PVATM Mersing.

Penyerahan katil pesakit dan Commode Chair kepada En Mad Razi bin Osman yang terlantar akibat kanser otak di kediaman beliau beralamat Blok Kenanga, Kompleks Perumahan Polis Mersing. Beliau telah dibenarkan keluar hospital setelah menerima katil pesakit bagi memastikan keadaan pesakit terjaga.

PVATM Mersing turut memberikan sumbangan lampin pakai buang kepada En. Mad Razi bin Osman dan En. Sulaiman bin Shupi yang turut terlantar sakit.

LampiranSaiz
01.jpg120.74 KB
02.jpg101.06 KB
04.jpg153.79 KB
06.jpg122.38 KB