Pulau Pinang, 24 Julai 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Lt Muhamad Nasrul Syafiq bin Zulkifli TUDM melakukan lawatan kebajikan Terhadap 815109 PW I KMR (B) Encik Muhamad Jafri Osman.

Veteran telah di masukkan ke Hospital Besar Pulau.Pinang, Blok C, Wad C19, tingkat 4, Katil 18 kerana ketumbuhan di Pancreas pada  23 Julai 2018.

Beliau perlu mendapatkan rawatan susulan chemotherapy di Hospital Besar  Pulau.Pinang setiap 2 minggu. Setiap rawatan susulan memakan masa selama 3 hari dan veteran perlu mendapatkan rawatan susulan sebanyak 4 kali. Setelah itu baru doktor akan menilai sama ada ketumbuhan di Pancreas boleh dibuang atau tidak kerana ketumbuhan tersebut berada berhampiran dengan salur darah utama dan berisiko tinggi untuk melakukan pembedahan.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai skim-skim bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

 

 

LampiranSaiz
1.jpg70.93 KB