BESERAH, 16 JUN 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Beserah dan Majlis Sambutan Hari Raya bertempat di Balai Raya Kampung Chengal Lempong, Beserah.

 

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Setiusaha Politik kepada Menteri Luar Negeri, En Mohd Nazri bin Noh yang mewakili Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Dato' Saifuddin bin Abdullah merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota. Antara jemputan yang hadir sama dalam majlis ini adalah Lt Kol (B) Mohammad Junaidi bin Salleh TUDM merangkap Timb YDP PVATM Negeri Pahang dan Lt Kdr Nur Asrul Riza bin Asnawi TLDM mewakili Panglima Markas Wilayah Laut 1.

 

Majlis juga turut mengadakan penyerahan sumbangan kepada Veteran Kurang Upaya dan anak-anak veteran yang kurang upaya oleh En Mohd Nazri bin Noh diiringi oleh Ketua Cawangan PVATM Cawangan Beserah, En Ramli @ Kamaluddin bin Awang.

LampiranSaiz
01.jpg141.33 KB
02.jpg133.75 KB
03.jpg111.71 KB
04.jpg108.87 KB
05.jpg126.03 KB
07.jpg105.51 KB