Lahat, 3 Julai 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam Bin Abidin TLDM melakukan lawatan bencana alam (kebakaran) ke atas kediaman Encik Ailah bin Samsudin (204889) di Taman Pinji Perdana, Perak.

Kejadian kebakaran telah berlaku pada jam 4 petang pada 25/6/19 (selasa) dan hasil siasatan yang dilakukan mendapati kebakaran berlaku adalah disebabkan oleh litar pintas akibat pendawaian yang tidak kemas dan membahayakan oleh pihak pemaju rumah sehingga membahayakan nyawa penghuni.

Tiada kemalangan jiwa direkodkan dan veteran kini tinggal di rumah saudara beliau di Gopeng, Perak.  Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Perak akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

LampiranSaiz
03.jpg81.75 KB
08.jpg92.22 KB
09.jpg116.14 KB
012.jpg115.58 KB