Kuching, 16 JUN 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapten Mohamed Izdiyad Irsyaduddin bin Abdul Malek bersama Persatuan Tentera Laut Diraja Malaysia Sarawak (PVTLDMS) telah mengadakan Ziarah Kasih sempena Aidilfitri yang mana Aktiviti Ziarah yang diketuai oleh PW 1 TNL Mohammad Roslan Sain bin Abdullah (B) selaku Timbalan Presiden PVTLDMS.

Lawatan Ziarah Kasih kali ini melibatkan 5 orang veteran TLDM di sekitar kuching yang mempunyai masalah kesihatan serta lawatan kali ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara Pihak PVTLDMS dan JHEV disamping dapat memberikan sinar baru serta sokongan moral kepada veteran agar cepar sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Disamping itu juga, sedikit sumbangan turut disampaikan kepada veteran yang dilawati yang mana sumbangan ini adalah dari pihak PVTLDMS. Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan dapat meringkan beban veteran serta memberikan sinar baru kepada veteran. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

LampiranSaiz
01.jpg194.34 KB
02.jpg118.07 KB
03.jpg86.99 KB
04.jpg101.69 KB
05.jpg91.62 KB