Pahang, 21 Feb 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan Lawatan Kebajikan Bencana Alam terhadap veteran (1098132) Encik Zainul bin Saad di alamat No 33, Lorong IS 79, Taman Indera Sempurna, 25000 Kuantan.

Rumah beliau telah dijilat api pada pada 20 Feb 19, lebih kurang pukul 1.30 tengah hari disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran telah menyebabkan rumah beliau mengalami kemusnahan sehingga 80% melibatkan kemusnahan perabot, peralatan elektrik dan pakaian sekeluarga.

Borang Skim Kebajikan JHEV ATM telah diberikan kepada veteran bagi membolehkan beliau membuat tuntutan Bantuan Bencana Alam.

LampiranSaiz
01.jpg115.87 KB
02.jpg100.6 KB
03.jpg77.5 KB
04.jpg129.02 KB