Tanah Merah, 10 Julai 2018 - Lawatan kebajikan dan menyerahkan katil hospital serta tilam angin oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias kepada 820881 Veteran ATM, Encik Mohd Satar bin Mohamed (berpencen) berumur 42 tahun yang mengidap penyakit kenser otak tahap 4 dan tinggal di alamat D 266, Jalan Ismail Putra Kelantan.

Beliau mengidap penyakit kanser otak tahap 4 sejak setahun yang lalu dan kuman kanser telah merebak serta merosakkan bahagian mata kiri.  Semasa berkhidmat di dalam tentera beliau tidak pernah berkahwin dan selepas tamat perkhidmatan beliau telah berkahwin tetapi bercerai selepas 3 bulan dan tidak menpunyai anak. Beliau menamatkan perkhidmat dalam tentera laut pada tahun 2016.

 

Pihak JHEV ATM akan menyalurkan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung dah semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup.

 

LampiranSaiz
1.jpg102.52 KB
2.jpg104.64 KB
3.jpg70.67 KB
4.jpg60.96 KB