Setiu, 27 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias telah menyerahkan 30 tin susu Nutren Diabetik kepada veteran Encik Muhammad bin Ismail di Kampung Padang Saujana, Permaisuri, Terengganu.

Beliau menghidap penyakit stroke dan hanya terlantar serta hanya boleh menggunakan susu untuk meneruskan kehidupan. Diharapkan dengan adanya bantuan susu dapat mengurangkan bebanan yang ditampung oleh keluarga beliau.

 

LampiranSaiz
04.jpg94.03 KB