Pada 12 Oktober 2017 yang lepas, Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM bersama-sama dengan wakil daripada PVATM Cawangan Labuan telah membuat penyerahan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Bakar bin Kahir.

Penyerahan tersebut telah dibuat di rumah veteran yang berada di Kampung Pantai, WP Labuan. Veteran tersebut telah mengalami penyakit kencing manis yang mengakibatkan beliau tidak dapat untuk berdiri lama.