Lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit berupa katil hospital oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM kepada Veteran ATM, 813505 Encik Mohd Hasan bin Abdul Mooti yang berumur 53 tahun.
Beliau menyewa di 2464 C Lorong Belimbing Kuang Sg Buloh Selangor namun kini beliau menumpang di rumah adik ipar di alamat No 69 Kampung Padang Tembak Teluk Muroh. Turut hadir bersama adalah pegawai kebajikan daripada KD MALAYA.
Beliau mula menghidap penyakit kencing manis sejak tahun 2007 dan berpindah ke Sg Buloh selepas pencen pada tahun 2007 dan bekerja sebagai pemandu van di Syarikat Rama Putra (Golf Club). Anggota telah diberhentikan kerja selepas 8 tahun bekerja dan telah bekerja di Syarikat Security MRT Sg Buloh mulai tahun 2015. Beliau telah mengalami kemalangan jalan raya sebanyak 2 kali dalam bulan yang sama dan dihantar ke Hospital Sg Buloh seterusnya dirujuk ke HAT Mizan untuk rawatan.
Veteran mula menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak mampu menguruskan dirinya sendiri sejak Oktober 2017. Luka kencing manis anggota mula merebak dan anggota telah menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada Nov 2017 di Hospital Manjung. Semenjak kaki dipotong anggota telah menetap di rumah adik iparnya di Teluk Muroh sehingga sekarang. Beliau kini hanya terlantar di atas katil dan tidak boleh bertutur.