Langkawi, 26 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM turut hadir ke majlis menyerahkan peralatan pesakit seperti katil hospital, tilam angin, kerusi roda dan commode chair kepada  Puan Sabariah yang merupakan isteri kepada veteranATM  iaitu (1074110) Encik Roslan bin Abdul Hamid  (Veteran Rejimen Gerak Khas) di Taman Dayang, Kuah.

Isteri veteran mengalami lumpuh separuh badan dan beberapa komplikasi penyakit lain. Penyerahan peralatan pesakit ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM yang mewakili KP JHEV ATM iaitu Encik Misuari bin Abdullah dan turut dihadiri oleh Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia dan beberapa AJK Kelab Veteran Komando.

LampiranSaiz
02.jpg143.92 KB